Assalamualaikum...selamat pagi...
Hai Uolls..
Hangpa semua sihat dak? Tgh watpe tuh...?
Hari ni cheq nk habaq psl satu buah... buah nih..buah dr Syurga taw..
Nama dia.....Buah Tiin...:)
Apa? Hangpa xtahu apa tu buah tiin?
Takpa nah.. mai sni cheq bgtw hangpa sejarah buah tin.
Kita belajar sma2 naa..
Ok..Mari kita lihat..
"Buah Tiin ini atau nama saintifiknya..Ficus Carica, adalah buah yang bukan berasal daripada Malaysia, tetapi didapati di sekitar negara Timur Tengah & laut Meditranean.
Walaupun buah tiin ni berasal dari Syam, Palestin dan Mesir tetapi ia juga diperkenalkan di Itali, lebih kurang 2000 tahun yang lampau, dan berkembang dengan cepat melaui Selatan Eropah termasuklah negara Yunani.
Malah, di dalam Al-Qur'an juga terdapat surah Khusus yang menyatakan tentang buah Tiin iaitu Surah At Tiin; di mana Allah telah bersumpah dengan buah tiin dan zaitun. Juga dengan Gunung Tursina dan negeri Makkah yang aman (Surah At Tiin ayat 1-3) ".
Nak tahu lebih lanjut pasal buah Tiin ni? Meh cheq belanja satu gamba... :)

